Sunday, November 29, 2009

Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah

.
Ibu Hadif’s Giveaway ~ Anugerah Terindah
24 November hingga 18 Disember 2009 @ 1 a.m.
anjuran
Ibu Hadif


.
.
.
.

.
Anak tercinta...buah hati mummy & daddy
Travissh Aldrich Tangai @ Vish Vish
4 Bulan
Dilahirkan pada 31 Julai 2009
Anak sulung Encik Tangai dan Puan Agnes
Cucu sulung bagi kedua belah pihak

Perasaan & Harapan
Sekiranya aku di tanya apakah perasaan apabila pertama kali melihat Vish Vish....aku akan terdiam sejenak...tak mampu nak menutur kata secara spontan.....kerana tiada bahasa, ayat, mahupun perkataan untuk menyatakan perasaan tersebut...terlalu halus untuk di fahami terlalu indah untuk diungkapi...bayangkan hampir empat tahun menanti tangisan dan derai tawa seorang anak.....tapi yang pasti mummy..... "GEMBIRA TIDAK TERKIRA" (menerima kehadiran orang baru dalam keluarga bakal penyambung generasi mummy & daddy), "TERUJA TIDAK TERHINGGA",(Keinginan menjadi ibu dimakbulkan Tuhan dan aku berjanji akan mendidik anak ini menjadi insan berguna, mencorakan kain putih menjadi warna warni, menyayangi dia sepenuh hati) "LEGA TIDAK TERKATA" (melahirkan anak dengan selamat tanpa komplikasi), BERSYUKUR TERAMAT SANGAT KEPADA TUHAN KERANA MENGURNIAKAN HADIAH YANG TERMAHAL ANTARA YANG MAHAL, TERISTIMEWA ANTARA YANG ISTIMEWA, TERINDAH ANTARA YANG INDAH, TERBAIK ANTARA YANG BAIK, TERHEBAT ANTARA YANG HEBAT (fuh terlebeh sudah) .... TERIMA KASIH YA TUHAN...TIADA YANG LEBIH SEMPURNA DARI CIPTAAN MU YANG INI......semua kesakitan hilang bak embun pagi tersejat oleh mentari pagi saat melihat wajah bayi yang baru dilahirkan...bersih, indah, sempurna, elok paras rupa,....hampir tidak percaya aku sudah menjadi seorang ibu....berjaya melahirkan zuriat pengikat kasih mummy & daddy...jika kebanyakan ibu menitiskan air mata selepas menatap wajah anak tercinta sejurus selepas dilahirkan...berlainan dengan diriku...air mata pun tak mampu menitis begitu juga satu patah perkataan tak mampu terkeluar dari bibir...TERGAMAM..HAYAL..MENGHAYATI CIPTAAN TUHAN YANG SATU INI...AMAT SEMPURNA.....jikalau saat mengandung penuh dengan kemanisan dan keindahan saat melahirkan pula penuh dengan dugaan dan cabaran yang sudah tentunya akan menjadi kenangan yang tak akan dilupakan seumur hidup...aku was suspected menghidapi AH1N1 semasa hendak melahirkan Vish Vish kerana demam dan selesema...di kurung dan di asingkan di bilik seorang diri menanggung kesakitan tanpa suami disisi ...membayangkan saat saat ngeri yang bakal berlaku...bukan proses melahirkan yang aku takutkan tetapi sekiranya aku memang sah menghidapi AH1N1 dan hidupku ditakdirkan tidak panjang untuk menjaga anakku apakah yang akan terjadi kepadanya?.....bayang detik detik cemas melahirkan dengan mulut ditutup dengan mask..mencari sisa sisa nafas untuk meneran....cuma dapat mendakap anak tercinta selama beberapa minit sebelum dipisahkan....tiga hari dilalui penuh penyeksaan kerana tidak dapat mendampingi anak seperti ibu ibu yang lain...tidak dibenarkan berjumpa apatah lagi menyusui....aduhai hanya Tuhan yang tahu perasaan mummy saat itu.... Seperti ibu bapa yang lain sebagai orang tua kami pun menaruh harapan yang tinggi terhadap Vish Vish, Besar harapan mummy & daddy apabila Vish besar nanti...
  • menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara
  • menjadi anak yang hormat, taat, dan mengenang jasa orang tua
  • menjadi pelajar yang pintar dan cemerlang sama ada dari akademik dan kokurikulum
  • menjadi seorang pekerja yang komited, rajin, dedikasi, telus dalam menjalankan tugas...walau apa pun pekerjaan dan karier yang Vish Vish ceburi mummy dan daddy tetap akan menyokong
  • menjadi suami yang penyayang, memahami, setia dan mampu membimbing isteri ke jalan yang benar
  • menjadi ayah yang bertanggungjawab, pengasih dan mampu mendidik anak dengan sempurna

2 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

hi agnes,
TQ for joined my giveaway...
byk harapan utk baby...
rasanya d.o.b viss tu cam salah jer..
1984?? hehehe...

nyway, u dah jadi follower i?

Agnes Kanyan @ Mummy Vish said...

ooops thanks for informing...salah pulak tulis dob dia...ya i dh jdi follower